Saturday, August 12, 2017

Cuci Berus Make Up Tanpa Rosakkan Muka

Ramai update cara nak cuci berus make up bersih-bersih. Ada yang guna sabun mandi, sunlight, baby shampoo and etc. Semua ada cara masing-masing and I myself have my own way utk cuci berus tu tanpa menyebabkan jerawat nasi tumbuh lagi walaupun selepas berus dicuci. 

Kulit rara kurang berjerawat tapi akan tumbuh jerawat pasir yang halus sgt lagi-lagi kalau everyday pakai pakai foundation and guna berus make up. So, macam mana nak jaga and cuci berus make up tu supaya selamat untuk kulit kita?

The key is facial cleanser yang kita guna everyday tu. This is the best part. 

Ada orang guna sunlight utk cuci berus tapi adakah awak guna sunlight as your facial cleanser setiap hari? Jawapan nya ialah tak. As for me, cara nak selamatkan kulit muka adalah cuci berus make up guna facial cleanser. 

What we need now?

1. Facial cleanser. 
2. Shower gel
3. Make up remover
4. Air suam
5. Jar
6. Tissue paper


Step 1

Rendam berus dalam campuran air suam dan shower gel awak. Kalau awak mcm rara pakai shower gel Lifebuoy awak rendamla berus tu dalam air suam yang dah dicampur Lifebuoy (rendam satu malam) then bilas bersih bersih. 

Step 2

Tenyeh-tenyehkan berus kat facial cleanser kita sampai keluar warna kotoran. Rara guna Qu Puteh so rara tenyeh berus tu kat sabun Qu Puteh la. Step ni penting sebab masa rendam dengan Lifebuoy tu kotoran xkeluar lagi. It was just soaking them supaya berus tu separa bersih and lembut. Bila cuci lagi sekali guna Qu Puteh ni, barula kotoran lipstick, foundation semua tu keluar dengan banyak. Lepastu, bilas lagi sekali.

(Kalau awak guna produk lain contohnya Garnier, so tenyehla berus kat facial cleanser Garnier awak tu) 

Step 3

Campur air dengan make up remover. Rara guna Safi Balqis make up remover, campur dengan air then rendam berus tu kejap sampai air tu jadi keruh. Bila dah keruh, bilas lagi sekali berus-berus tu then jemur atas tissue paper.



Rara punya cara basuh berus make up memang leceh sikit sebab banyak kali rendam and bilas. Tapi, the result was good. Berus pun bersih dan selamat sebab rara guna facial cleanser untuk cuci berus tu. 

Kalau u all cuci guna Lifebuoy or Sunlight semata-mata? Adakah Sunlight and Lifebuoy tu elok untuk kulit muka awak? Mungkin tak bagi kesan pada kulit badan tapi kurang baik untuk kulit muka. 

So, buat la macam rara ni supaya kulit kita selamat and selesa. 


No comments: