Saturday, December 10, 2022

Kelebihan Bermain Pasir untuk Kanak-Kanak

Genius Negara amat menekankan konsep 3E iaitu Exploring, Experimenting dan Experiencing, mana-mana teacher pun kalau sebut tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mesti lah nak buat aktiviti yang boleh bagi kanak-kanak explore happily di sekolah. Salah satu aktiviti menarik untuk kanak-kanak explore ialah aktiviti bermain pasir. Walaupun tak dapat pergi pantai tapi kita masih boleh main kinetic sand bersama rakan-rakan. 



Kanak-kanak boleh guna mold pelbagai bentuk sewaktu bermain pasir. Waktu ni lah kanak-kanak mula belajar untuk bersabar menunggu giliran dan berkongsi barang. Semua berebut nak guna scoop sedangkan scoop cuma ada dua. Alhamdulillah mereka boleh berkongsi barang dan tak berperang di sand pit.



Kanak-kanak banyak belajar tentang tekstur, bentuk, warna dan mengira sewaktu bermain pasir di sekolah. Aktiviti ini sekaligus menggalakkan perbualan dan komunikasi dua hala antara kanak-kanak dan pendidik serta rakan-rakan. Antara vocabularies pada hari ini ialah dolphin, rama-rama, scoop, istana, crab, purple, badak sumbu, rumah, starfish dan banyak lagi yang kanak-kanak boleh sebut. Kadang-kadang mereka taknak sebut waktu membaca tapi akan sebut secara spontan sewaktu aktiviti bermain pasir. 


Bukan itu sahaja, sewaktu bermain pasir di luar juga kanak-kanak belajar tentang cuaca secara tak langsung. Kanak-kanak boleh merasakan sendiri cuaca panas dan berbual tentang cahaya matahari yang menerangi persekitaran luar sekolah, boleh nampak shadow pada dinding dan lantai luar. Semua berpeluh dan merasa panas berbanding berada di dalam sekolah yang semuanya air-conditioned. Mereka boleh membezakan cuaca panas dan sejuk indirectly sewaktu bermain di luar kawasan sekolah.  

Apa yang paling penting ialah bermain pasir sememangnya dapat membantu kemahiran motor halus kanak-kanak especially bila mereka mula menggenggam pasir, membentuk pasir kepada bentuk-bentuk yang mereka kenal, mengorek pasir, memampatkan pasir dan macam-macam lagi lah yang mereka suka buat dengan pasir. Semua tu dapat membantu otot-otot jari kanak-kanak untuk kegunaan pada masa hadapan lagi-lagi untuk memegang pensel dengan betul dan selesa once nak menulis nanti!

Tuesday, November 3, 2020

Pengalaman Interview SPP Pendidikan Awal Kanak-Kanak

 IV SPP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (18/7/2019)

Panel : Dari SPP & Genius
Team : 7 orang
1 - First masuk panel tanya berapa gaji minimum dan maximum Gred DG41? Sorang pun xboleh jawab termasuk saya. Saya jenis wanita bukan mata duitan jadi gaji tu saya tak fikir sgt, saya nak posting je. Gaji kira kemudian bosku. Panel frust sbb kami semua xpasti tentang gaji, so dia suruh balik buat research!
2 - Perkenalkan diri (panel hanya nak tahu nama, umur, pengalaman kerja, berapa sijil dekan kita dpt and pencapaian tertinggi kokurikulum). Kalau kita terangkan lebih dari apa yang dia nak, dia akan detect yang kita ni kurang kemahiran mendengar. So jawab ape yg dia nak sahaja. Keep it short and sharp.
3 - Panel tengok result SPM kita. Kalau English kita dpt A or B dia nak kita speaking. Dia kata 'You got A in BI & BM in SPM so i want you to speak in English.
4 - Panel akan tanya soalan content knowledge berkenaan Genius (Permata) based on pengalaman kerja yg kita sebut tadi. Contoh saya cakap saya pernah kerja guru ganti di (National Children Development Research Centre) NCDRC dan saya kendalikan project approach. So dia tanya, mcm mana saya kaitkan Science Technology Engineering Mathematics (STEM) dalam aktiviti project approach tu. And saya terangkan sekali projek apa yg saya buat dan 3 fasa yg terdapat dalam project approach. Yang ni kena jawab in english ye.
5 - Panel tanya tentang sijil dekan. Saya kata saya dpt dekan for entire semesters 8 semesters with minor in teater (Speak in English)
6 - Once dia dengar I am in theater so dia suruh saya berteater depan dia and groupmates. So saya berdrama lah depan dia sambil selitkan lagu 'My Bonny Lies Over The Ocean' dalam teater. Saya selitkan jugak counting 1 to 10 dalam teater tu. Panel pun kena count together tau (In english)
Sorang xbyk soalan yg ditanya sbb iv group Rara ni 2 jam je. Setiap org akan dpt soalan content knowledge yang berbeza and microteaching pun berbeza. Mcm saya ni panel suruh berteater kan? Kawan² yg lain ada yg kena teaching guna stick puppet (panel dah sediakan), ada yg kena nyanyi, ada yang kena terangkan pasal silat and so on based on apa yg kita mention pada dia waktu pengalaman kerja tadi tu.
Last part bila dah habis soalan, panel bagi pesanan pada yg BMI overweight & obese dia suruh puasa isnin khamis. Dia takut sangkut kat medical checkup. Panel kata 'rezeki Allah takkan pernah salah alamat bagi org yg berusaha'. Jangan give up kalau xdpt posting, keep on trying!

Saturday, July 22, 2017

Myeongdong Street Cafe, Kota Bharu.

To start the story, my girls picked me up around 10 pagi katanya nak pergi bank rakyat. Lepas settle kerja, pergi makan korean food kat Myeongdong Street Cafe seberang KB Mall tu. These girls ni K-pop fans so memang itu la pilihan dia, Rara yang tekak kari mamak ni ikut je chill chill you all. 

Dia bagi menu yang Rara pulak tak faham ape benda nye semua ni Raboki, Kimbap ape ni. Kalau Kabuki brush tu tahu la, kalau sos Kimball tu pernah la dengar. Nasib baik kat menu tu dia dah sertakan sekali maksud benda alah tu ape. 

Contoh: Raboki Cheese maksudnya (korean noodles with cheese) 

Something like that beserta gambar yang tak berapa nak clear. Nasib baik ade gang K-pop girls yang explain everything pasal menu tu. Guess what? Rara buat pilihan yang bijak when I ordered Raboki Cheese tu which is quite tasty to me. 

Satu sorang okey yang penting sama-sama rasa 

Ni Rara punya, Raboki Cheese. Maggi cheese la lebih kurang tapi kuah nya tak tahu la dia pakai ape lain macam sikit. Yang penting Rara makan habis, kuah dia je I cannot go any further haha (MYR 8.90)

Raboki Chicken, Hajar pilih. Ayam dia sedap okay tak menyesal pun kite paksa Hajar pilih yang ni (MYR 8.90)

Kimchi Tuna ni Ain pilih. Yang ni sedap jugak, I love that tuna oh sedap nya. Ain makan proper, kalau dapat kat Rara aku gaul semua sebelum makan lagi sedap. (MYR 6.90)

Huda pilih Kimchi Fried Rice (MYR 7.90) lebih kurang sama dengan menu Ain je ni cuma nasi goreng dia tak sedap. Yang ni Huda add on chicken kot. 

Kimbab ni Ain pilih lepastu dia take away sebab dia kenyang haha. Rara makan satu roll je guys, not my taste. (MYR 6.90) 

Air sorang satu guys. Please order Honey lemon and Mocha sebab sedap (mmuah)

To conclude, you all bolehla singgah lunch di Myeongdong Street Cafe ni just to try. Senang je sebab restaurants dia sebelah kanan KB Mall. Boleh terus masuk, duduk and orang ambilkan order. Lepas makan, pergi kaunter then bayar. 

Up lagi 5 kg guys.