Saturday, December 10, 2022

Kelebihan Bermain Pasir untuk Kanak-Kanak

Genius Negara amat menekankan konsep 3E iaitu Exploring, Experimenting dan Experiencing, mana-mana teacher pun kalau sebut tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mesti lah nak buat aktiviti yang boleh bagi kanak-kanak explore happily di sekolah. Salah satu aktiviti menarik untuk kanak-kanak explore ialah aktiviti bermain pasir. Walaupun tak dapat pergi pantai tapi kita masih boleh main kinetic sand bersama rakan-rakan. 



Kanak-kanak boleh guna mold pelbagai bentuk sewaktu bermain pasir. Waktu ni lah kanak-kanak mula belajar untuk bersabar menunggu giliran dan berkongsi barang. Semua berebut nak guna scoop sedangkan scoop cuma ada dua. Alhamdulillah mereka boleh berkongsi barang dan tak berperang di sand pit.



Kanak-kanak banyak belajar tentang tekstur, bentuk, warna dan mengira sewaktu bermain pasir di sekolah. Aktiviti ini sekaligus menggalakkan perbualan dan komunikasi dua hala antara kanak-kanak dan pendidik serta rakan-rakan. Antara vocabularies pada hari ini ialah dolphin, rama-rama, scoop, istana, crab, purple, badak sumbu, rumah, starfish dan banyak lagi yang kanak-kanak boleh sebut. Kadang-kadang mereka taknak sebut waktu membaca tapi akan sebut secara spontan sewaktu aktiviti bermain pasir. 


Bukan itu sahaja, sewaktu bermain pasir di luar juga kanak-kanak belajar tentang cuaca secara tak langsung. Kanak-kanak boleh merasakan sendiri cuaca panas dan berbual tentang cahaya matahari yang menerangi persekitaran luar sekolah, boleh nampak shadow pada dinding dan lantai luar. Semua berpeluh dan merasa panas berbanding berada di dalam sekolah yang semuanya air-conditioned. Mereka boleh membezakan cuaca panas dan sejuk indirectly sewaktu bermain di luar kawasan sekolah.  

Apa yang paling penting ialah bermain pasir sememangnya dapat membantu kemahiran motor halus kanak-kanak especially bila mereka mula menggenggam pasir, membentuk pasir kepada bentuk-bentuk yang mereka kenal, mengorek pasir, memampatkan pasir dan macam-macam lagi lah yang mereka suka buat dengan pasir. Semua tu dapat membantu otot-otot jari kanak-kanak untuk kegunaan pada masa hadapan lagi-lagi untuk memegang pensel dengan betul dan selesa once nak menulis nanti!

No comments: