IV SPP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (18/7/2019)
Panel : Dari SPP & Genius
Team : 7 orang
1 - First masuk panel tanya berapa gaji minimum dan maximum Gred DG41? Sorang pun xboleh jawab termasuk saya. Saya jenis wanita bukan mata duitan jadi gaji tu saya tak fikir sgt, saya nak posting je. Gaji kira kemudian bosku. Panel frust sbb kami semua xpasti tentang gaji, so dia suruh balik buat research!
2 - Perkenalkan diri (panel hanya nak tahu nama, umur, pengalaman kerja, berapa sijil dekan kita dpt and pencapaian tertinggi kokurikulum). Kalau kita terangkan lebih dari apa yang dia nak, dia akan detect yang kita ni kurang kemahiran mendengar. So jawab ape yg dia nak sahaja. Keep it short and sharp.
3 - Panel tengok result SPM kita. Kalau English kita dpt A or B dia nak kita speaking. Dia kata 'You got A in BI & BM in SPM so i want you to speak in English.
4 - Panel akan tanya soalan content knowledge berkenaan Genius (Permata) based on pengalaman kerja yg kita sebut tadi. Contoh saya cakap saya pernah kerja guru ganti di (National Children Development Research Centre) NCDRC dan saya kendalikan project approach. So dia tanya, mcm mana saya kaitkan Science Technology Engineering Mathematics (STEM) dalam aktiviti project approach tu. And saya terangkan sekali projek apa yg saya buat dan 3 fasa yg terdapat dalam project approach. Yang ni kena jawab in english ye.
5 - Panel tanya tentang sijil dekan. Saya kata saya dpt dekan for entire semesters 8 semesters with minor in teater (Speak in English)
6 - Once dia dengar I am in theater so dia suruh saya berteater depan dia and groupmates. So saya berdrama lah depan dia sambil selitkan lagu 'My Bonny Lies Over The Ocean' dalam teater. Saya selitkan jugak counting 1 to 10 dalam teater tu. Panel pun kena count together tau (In english)
Sorang xbyk soalan yg ditanya sbb iv group Rara ni 2 jam je. Setiap org akan dpt soalan content knowledge yang berbeza and microteaching pun berbeza. Mcm saya ni panel suruh berteater kan? Kawan² yg lain ada yg kena teaching guna stick puppet (panel dah sediakan), ada yg kena nyanyi, ada yang kena terangkan pasal silat and so on based on apa yg kita mention pada dia waktu pengalaman kerja tadi tu.
Last part bila dah habis soalan, panel bagi pesanan pada yg BMI overweight & obese dia suruh puasa isnin khamis. Dia takut sangkut kat medical checkup. Panel kata 'rezeki Allah takkan pernah salah alamat bagi org yg berusaha'. Jangan give up kalau xdpt posting, keep on trying!
1 comment:
Dah diterima spp ke wak ?
Post a Comment